RM12.7 bilion ekonomi negara disumbang pelabur asing pada Julai, pil ekonomi berkesan – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelabur asing telah menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada ekonomi negara pada Julai.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia sedang pesat membangun ketika ini.

“Pada bulan Julai sahaja, pelabur asing telah menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada ekonomi negara- jumlah tertinggi sejak Mac 2016.

“Pada 10 Ogos, kita telah mencatatkan RM2 bilion dalam bentuk ekuiti dan jumlah yang memberangsangkan iaitu RM11.4 bilion dalam pendapatan tetap (fixed income).

“Ini bermakna bulan ke-7 kita menerima pelaburan asing secara berterusan – satu tempoh terpanjang semenjak penghujung 2020,” kata Rafizi dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, momentum ini jelas selepas pengumuman Pelan Peralihan Tenaga (NETR) dan kerangka Ekonomi Madani, keyakinan terhadap Malaysia semakin meningkat.

“Pil-pil ekonomi” kita sedang menunjukkan keberkesanannya, dan lebih banyak rancangan dan program sedang menanti untuk dilaksanakan.

“Ekonomi Malaysia akan terus bergerak ke hadapan dengan komitmen yang sama.

“Kerajaan Perpaduan akan terus berusaha, berinovasi, untuk memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan sentiasa di landasan yang tepat,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat