“Sanusi Effect” langkau lima negeri lain- Ilham Centre

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Strategi kempen PH-BN yang menjadikan Datuk Seri Sanusi Md Nor sebagai titik serangan mengheret isu REE di Bukit Enggang, Sik Kedah untuk menjadikan alasan rakyat Kedah perlu menolak Pas dan Sanusi didapati tidak berkesan.

Panel Penyelidikan Ilham Centre berkata, ternyata kempen yang dikepalai sendiri Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyerang Sanusi tidak berkesan.

“Malah ianya menjadi ‘backfire’ atau memakan diri kepada PH. Ini kerana kempen PH gagal memahami keadaan, aras penerimaan dan laras bahasa orang Kedah, akhirnya kekuatan Sanusi kian bertambah.

“Semakin diserang makin kuat dan populariti beliau makin meningkat,” kata Ilham Centre.

Badan penyelidik itu malah mencadangkan, sewajarnya PH perlu menumpukan kepada tawaran kepada rakyat Kedah seperti selesaikan masalah tekanan air, inisiatif Rahmah mengurangkan kos sara hidup mahupun tawaran peluang pekerjaan kepada anak muda daripada memusatkan tenaga menyerang Sanusi.

“Tawaran Sanusi menyelesaikan isu pemohonan tanah oleh rakyat yang menunggu masa berpuluh tahun sangat berbekas kepada pengundi di Kedah.

“Pemberian geran ini melonjakkan kepimpinan beliau di Kedah begitu juga pasukan media Sanusi juga kreatif dengan memotong klip ucapan dan ditukarkan.

“Dalam dapatan kajian, “Sanusi Effect” ini telah melangkaui Kedah dan mempengaruhi pengundi di lima negeri lain.

“Segmen pengundi muda rentas negeri mengakui FYP Tik Tok mereka menerima video Sanusi. Mereka menyatakan kagum dengan Sanusi adalah simbol keberanian bercanggah pandangan dengan kerajaan.

“Sanusi dilihat sebagai mangsa keadaan. Dengan ini, dengan “Sanusi Effect” kami menjangkakan PN mendapat laba dari tindak balas berlebihan terhadap Menteri Besar berkenaan,” kata kajian itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat