Tak Perlu Desak Awalkan Parlimen, Pembangkang Bukan Ada Calon PM Alternatif Pun – Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin membidas pembangkang yang mendesak sidang Parlimen diawalkan bagi tujuan menguji keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin namun, sehingga kini masih tiada pengumuman calon Perdana Menteri alternatif dikemukakan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pihak yang sekali lagi mendesak agar kerajaan mengadakan
sidang khas Dewan Rakyat lebih awal, sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu 7
September ini. Malah ada pihak yang mahu ia diadakan paling lewat pada 9 Ogos
2021, iaitu Isnin lalu.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, pada 30 Julai 2021, Ketua Pengarah Kesihatan telah mengeluarkan arahan agar
bangunan Parlimen dikuarantin selepas kes COVID-19 dikesan di sana.

Malah katanya, semalam, kita menerima berita sedih tentang kematian seorang individu yang mendapat
jangkitan daripada kluster Parlimen.

“Tiada keperluan untuk menggesa sidang lebih awal, terutamanya apabila tarikh yang ditetapkan dan diumumkan oleh kerajaan tidaklah terlalu lambat, iaitu kurang sebulan daripada sekarang. Kami dinasihatkan untuk mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kami telah mengikuti nasihat itu.

“Rakyat sudah muak dengan politiking berterusan dan tindakan pembangkang yang tidak habis-habis membuat bising berkenaan angka, majoriti dan sebagainya,” kata Zuraida.

Ujar beliau lagi, ada kala kelihatan seperti tiada perkara lain lagi yang penting bagi mereka.

“Saya ingin sekali lagi menegaskan, sehingga kini pihak pembangkang tidak pernah mengumumkan calon yang jelas sebagai Perdana Menteri alternatif.

“Pembangkang sentiasa menyatakan Perdana Menteri kononnya telah hilang majoriti, tetapi tiada seorang pun di kalangan mereka yang boleh bersepakat untuk seorang calon tunggal. Ia menunjukkan perbalahan dalaman, pertikaian dan perpecahan dalam pihak pembangkang sendiri.

“Kami menggesa semua pihak memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya yang telah dimandatkan – iaitu berkhidmat kepada rakyat, melawan wabak Covid-19 dan kembali memulihkan ekonomi.

“Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea yang membina. Bukannya serangan bersifat partisan dan cemuhan yang tidak berkesudahan, yang tidak membantu rakyat.

“Kita sedang berdepan musuh halimunan yang cukup berbahaya; selaku rakyat Malaysia, kita perlu bersatu untuk menentang musuh sebenar dan bukannya berterusan merebut kuasa dan kedudukan,” katanya.

Zuraida menyeru “bantu kami untuk membantu rakyat”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat