COVID-19: MEF Seru Kerajaan Buka Semua Sektor Ekonomi

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pemilik-pemilik perniagaan menyeru kerajaan agar membuka semua sektor ekonomi dan tidak menggunakan rancangan asal Pelan Pemulihan Negara (PPN) menetapkan fasa-fasa sebagai petunjuk bagi melonggarkan sekatan.

Ini susulan Lembah Klang yang merupakan nadi ekonomi negara, kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 sejak 1 Jun, sementara neger-negeri kecil telah beralih ke Fasa 2 dan 3.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman berkata, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada zon merah, menyekat pergerakan di kawasan itu dan memberi rawatan.

“Pihak berkuasa seharusnya menggunakan strategi gabungan pemberian vaksinasi yang pantas dan membenarkan perniagaan dibuka tetapi dengan SOP ketat.

“Para majikan adalah komited untuk mematuhi segala SOP dan MEF juga menyokong tindakan tegas terhadap majikan yang melanggarnya,” kata beliau dalam kenyatan di sini.

Syed Hussain berkata, tidak ada faedah menggalakkan vaksinasi tetapi para majikan dan kakitangan menderita dari segi ekonomi.

“Strategi tunggal melakukan vaksinasi besar-besaran sebelum membuka ekonomi telah tidak berkesan, tetapi gabungan strategi mungkin boleh,” katanya lagi.

Menurutnya, MEF mengalu-alukan pelonggaran sekatan Fasa 1 seperti diumumkan oleh Menteri Kanan Luar Negara, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pasar malam dan taman dibukan walaupun di negeri Fasa 1.

Satu lagi kemungkinan untuk melonggarkan SOP ialah untuk sektor dan aktiviti tidak berisiko, seperti berbasikal dan `dine-in’ di kedai makan, bagi individu yang telah menerima dua dos vaksinasi.

Syed Hussain berkata, para majikan yang di negeri Fasa 1, tidak sabar menanti supaya sekatan dilonggarkan.

“Lockdowns telah menjejaskan industri peruncitan dan PKS. Tukang gunting, tukang emas, pengusaha cuci kereta, saloon dan kedai hadiah adalah antara yang berterusan menderita sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata, lockdown yang berterusan telah gagal mengekang merebaknya wabak, dan disebabkan itu kerajaan perlu menukar strategi bagi mengurangkan kesengsaraan pemilik perniagaan.

Negeri dan wilayah yang masih di Fasa 1 ialah Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa 2 pula ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah manakala Perlis, Labuan dan sebahagian Sarawak sudah beralih ke Fasa 3.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat