70 Wanita Hamil Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Tahun Ini – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sejumlah 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di negara ini sejak Mac tahun lalu sehingga Jun lepas dengan trend peningkatan kes itu sejajar dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat bermula Oktober tahun lalu dengan purata 200 kes jangkitan sebulan dan lonjakan kes dapat dilihat pada Mei dan Jun lalu masing-masing 850 kes dan 899 kes.

Beliau berkata, sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tahun ini sehingga 9 Ogos lalu dengan 47 peratus daripada kes kematian yang dilaporkan mempunyai komorbid.

“Tahun lalu, tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi tahun ini, purata kes Covid-19 bagi Januari hingga Mei adalah sebanyak dua kes pada setiap bulan sebelum meningkat mendadak pada Jun dengan 17 kes kematian.

“Data menunjukkan dua kes daripada jumlah tersebut telah menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes yang lain tidak menerima vaksin Covid-19,” katanya. – Kosmo

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat