KUALA LUMPUR – Bapa kepada Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 66 tahun akibat sakit tua, jam 9.10 pagi tadi.
Dr Akmal memaklumkan , jenazah bapanya Saleh Lempah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Saleh akan dikebumikan di Perkuburan Masjid Ar – Rahim, Merlimau, Melaka, selepas solat Jumaat hari ini.
“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.
“Mohon doakan agar ayahanda kesayangan kami diampunkan dosa beliau dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, pada pagi Jumaat.
Pada 29 Jun lalu, Adun Merlimau itu memuat naik satu hantaran memaklumkan bapanya sedang nazak.
Beliau ketika itu, memohon orang ramai supaya mendoakan bapanya dan meminta maaf sekiranya Cikgu Saleh ada membuat sebarang salah dan silap.