KUALA LUMPUR- Lebih satu pertiga kerugian pelaburan RM49.38 juta yang dilaporkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) setakat Jun 2023 datang daripada pelaburan saham 62 sen dalam Widad Group Bhd, yang kini diniagakan pada enam sen sesaham.
HRD Corp melaporkan kerugian atas kertas sebanyak RM18.52 juta daripada pelaburannya dalam syarikat pembinaan Widad, yang dibelinya pada 2020 melalui perjanjian opsyen jual dan beli (PCOA).
Di bawah PCOA, HRD Corp mempunyai hak untuk membeli dan menjual saham Widad pada harga tertentu dalam tempoh tertentu.
Hartawan Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah ialah pemegang saham besar Widad.
Setakat April 2024, HRD Corp memegang 3.12 peratus dalam Widad.
Komplikasi timbul pada 30 November 2022, apabila jawatankuasa panel pelaburan HRD Corp menolak cadangan untuk pembaharuan kedua perjanjian itu, dengan alasan kegagalan Widad membayar premium yang dipersetujui ke atas pelaburan itu, memetik BH.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024, walaupun HRD Corp mengalami kerugian tidak direalisasi dalam Kumpulan Widad dan keputusan yang diambil pada dua mesyuarat panel pelaburan HRD Corp yang berasingan pada 2022 dan 2023 untuk tidak memperbaharui pelaburannya dalam Widad, HRD Corp mengemukakan permohonan pembaharuan pelaburan kepada bekas Menteri Sumber Manusia pada 16 Oktober 2023 untuk kelulusan.
Ia adalah atas dasar perjanjian pelaburan dalam Widad akan tamat pada November 2023.
Pada 2023, V Sivakumar adalah Menteri Sumber Manusia.
Laporan Ketua Audit Negara berkata, semakan dokumen permohonan mendapati maklumat tidak mencukupi disediakan, seperti keputusan panel pelaburan dan trend nilai pasaran, bagi membantu bekas Menteri Sumber Manusia itu membuat keputusan terbaik untuk HRD Corp.
Kandungan surat kelulusan kepada bekas Menteri Sumber Manusia itu juga tidak sepadan dengan ringkasan analisis oleh jabatan perbendaharaan HRD Corp bertarikh 10 Oktober 2023 yang diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp.
“Walaupun pelaburan itu membabitkan jumlah yang sangat besar, bekas Menteri Sumber Manusia itu meluluskan permohonan berkenaan pada hari yang sama tanpa sebarang komen,” katanya.
Berdasarkan nilai pasaran saham Widad pada 4 Mac 2024, iaitu 12 sen, HRD Corp berpotensi berdepan kerugian tidak direalisasikan sebanyak RM48.42 juta berikutan ketidakupayaan Widad membayar balik nilai premium.
Widad ditutup pada enam sen sesaham, menjadikan permodalan pasarannya RM185.8