UMNO Jangan Angkuh – Armada Bersatu Perak

- Advertisement -

Armada Bersatu Perak mengingatkan UMNO agar jangan angkuh dan jumud dalam menangani realiti politik baharu.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, membuat kenyataan media “Faham Realiti Politik Baru; Jangan Dangkal dan Jumud Dalam Politik” menyindir sesetengah pemimpin UMNO sebagai mengamalkan politik orang dangkal kerana meminta BERSATU dibubarkan dan semua ahlinya kembali kepada UMNO.

“Menyamakan BERSATU dengan Semangat 46 itu satu isbat yang lemah fikir. Semangat 46 tidak pernah menewaskan UMNO. Memperkecil parti BERSATU, pada saat dan ketika ini mungkin membuatkan seseorang itu popular dalam UMNO. Kononnya, mahu tampak berani dan lantang. Padahal yang sebenarnya ternampak jelas adalah sifat orang yang angkuh dan terlalu ujub dengan kehebatan diri.”

Semalam Sinar Harian cadangan UMNO Perak agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula UMNO.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad, dilaporkan berkata “penyertaan semula bekas ahli ke dalam UMNO bukan sesuatu yang baharu memandang ia pernah berlaku selepas Parti Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.”

Menurutnya, ketika itu pemimpin Parti Semangat 46 seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Rais Yatim menyertai UMNO sebagai ahli biasa sebelum menang sebagai ketua bahagian.

“Jika orang Bersatu berjiwa besar, dia pun ada masalah, parti mereka kecil jadi bubar Bersatu, semua ahli Bersatu marilah masuk UMNO. Tapi tak boleh pegang jawatan lagilah, kena tunggulah.

Sementara itu Mubin juga mengigatkan UMNO Perak, “angkuh dan takbur inilah yang membuat kalian jatuh tersungkur. Belajarlah dari sejarah, sahabat. Belajarlah. Tidak ada sesuatu yang “kekal” dalam politik. Gah pada sahut dan maki; sindir dan keji – sebenarnya membuka kelemahan diri sendiri.” – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat