KETUA HAKIM NEGARA KECEWA

- Advertisement -

PUTRAJAYA, 11 Julai: Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mengingatkan masyarakat bahawa mahkamah atau hakim tidak mempunyai sebarang peranan dan kuasa untuk mengarah pendakwa raya membuat atau menggugurkan pertuduhan terhadap mana-mana pihak.

BERNAMA melaporkan Tengku Maimun sebagai berkata adalah sangat mendukacitakan badan kehakiman dikecam atas keputusan Pejabat Peguam Negara untuk menarik semula kes yang telah dibuat pertuduhan di mahkamah.

“Hanya kerana terdapat pihak ketiga tertentu yang tidak bersetuju dengan keputusan pihak pendakwa raya untuk tidak meneruskan dengan pertuduhan yang telah dikemukakan di mahkamah, ia tidak bermakna bahawa mahkamah atau hakim-hakim telah bersikap tidak jujur, bersekongkol, berpihak kepada mana-mana golongan tertentu atau terlibat dengan amalan rasuah.

“Adalah sangat mendukacitakan dan amat membimbangkan apabila sejak kebelakangan ini, badan kehakiman telah dikecam bertubi-tubi hanya kerana pendakwa raya, dalam melaksanakan kuasa budi bicara muktamadnya di bawah Perkara 15 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan, telah memutuskan untuk menarik balik beberapa pertuduhan dalam beberapa kes yang berprofil tinggi,”

Beliau berkata mahkamah juga tidak boleh memaksa dan mendesak pendakwa raya untuk meneruskan perbicaraan di mahkamah sekiranya pendakwa raya telah memutuskan untuk memberhentikan atau menarik balik sesuatu pertuduhan itu.

“Ini adalah kedudukan undang-undang negara kita,” kata beliau dalam ucapan pada majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan pesuruhjaya kehakiman di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman di sini, semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat