Industri Sukan Permotoran Bakal Kembali Rancak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Industri sukan permotoran negara bakal meriah kembali selepas kerajaan memutuskan untuk membenarkan penganjuran perlumbaan motosikal dan kereta di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 15 Julai ini.

Sebelum ini sukan permotoran negara turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata keputusan tersebut memberi peluang kepada SIC menganjurkan beberapa kejohanan yang terpaksa ditunda sebelum ini akibat pandemik berkenaan.

Antara kejohanan berkenaan adalah Kejohanan Superbike Malaysia, Siri Kejuaraan Perlumbaan Malaysia, perlumbaan lasak Sepang 1,000km serta Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas.

“Bagi status penganjuran kejohanan antarabangsa seperti Kejuaraan MotoGP Dunia, kami akan berikan maklumat terbaharu pada penghujung bulan ini.

“Fokus kami ketika ini adalah untuk memastikan kejohanan (permotoran) tempatan berjalan lancar, dan kesemua yang terlibat mengikuti prosedur operasi standard yang telah ditetapkan (pihak berkuasa),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini, mengumumkan bahawa kerajaan memberi lampu hijau bagi penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton bagi sukan tiada bersentuhan fizikal seperti sukan permotoran dan sukan individu bermula 15 Julai ini.

Kebenaran itu meliputi perlumbaan permotoran di Litar SIC dan litar-litar lain, kejohanan badminton perseorangan, tenis perseorangan, gimnastik perseorangan, terjun papan anjal dan kejohanan catur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat