Najib gagal gugur 3 pertuduhan pengubahan wang haram, pendakwaan akan diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Razak gagal menggugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan, kepada Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dihantar bekas Perdana Menteri itu pada 31 Julai 2023.

Ashrof Adrin berkata, dengan keputusan itu, pendakwaan akan meneruskan dengan perbicaraan kes berkenaan, lapor BH.

Pada 3 Februari 2019, Najib, 71, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan terbabit adalah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat