Reformasi tak perlu masa lagi, ia sudah mati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Reformasi itu hanya ilusi yakni satu tema yang dijaja semata-mata untuk permainkan rakyat agar meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid malah berkata, reformasi tidak perlu masa lagi kerana ianya sudah mati.

“Perdana Menteri semalam nyatakan Madani tetap komited untuk lalukan reformasi sistem tadbir urus negara. Beliau juga menekankan perkara itu memerlukan kesabaran, masa dan kerjasama rentas parti terutama dari luar Pakatan Harapan (PH).

“Usah berdalih, Usah beri alasan. Hampir setiap kali Sidang Dewan Rakyat akan kedengaran Kerajaan Madani ada 2/3 majoriti. Ada sokongan ramai Ahli Parlimen. Desas-desus juga katanya ramai ahli Parlimen pembangkang intai peluang bersama Madani.

“Kalau sudah ada majoriti, jangan takut, bentang sahaja semua usul struktur semula tadbir urus yang perlu di Dewan Rakyat. Pasti lulus, tiada siapa akan cabar kewibawaan Perdana Menteri.

“Bukankah itu dulu kata-kata mereka dalam Pakatan Harapan 1.0 pro Anwar Ibrahim yang hampir setiap minggu persoal Perdana Menteri ke-7 tentang reformasi institusi? Setiap kali mesyuarat Pakatan Harapan 1.0 dulu pasti ada sahaja ahli parlimen pro Anwar Ibrahim yang akan keluar mempersoal PM7 mengenai kelembapan janji-janji PH masa PRU-14,” bidas Rafique.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang mempersoalkan peranan semak dan imbang Bersih.

“Kali ini mana dia Bersih? Mana dia NGO-NGO pro- PKR, pro-DAP , perkumpulan-perkumpulan persatuan perniagaan dan/atau dewan perniagaan Cina? Adakah mereka hanya senyap kerana perdana menteri pilihan ada di puncak kuasa?

“Kalau dulu tidak boleh sabar, kenapa sekarang boleh pula? Kalau dulu baju kuning banjiri KL, mengapa sekarang semua diam seribu bahasa?

“Seperti juga Perdana Menteri ke -10, mereka juga hipokrit,” dakwa beliau.

Anwar semalam menegaskan, pembaharuan sistem tadbir urus Malaysia akan mengambil masa dan memerlukan kerjasama daripada gabungan di luar Pakatan Harapan .

Perdana Menteri berkata, beliau melakukan yang terbaik untuk mendesak reformasi dalam had jawatannya.

Anwar, yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR memberi jaminan setiap bulan dan setiap tahun pasti akan perkembangan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat