WARISAN Sangkal Sokong Hishammuddin Dilantik Perdana Menteri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti WARISAN menyangkal isi kandungan kenyataan yang tular kononnya menyokong Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Setiausaha Agung WARISAN, Datuk Loretto Padua Jr menafikan sekeras-kerasnya kenyataan media bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang tular tersebut.

Tegasnya, ianya merupakan satu fitnah dan surat tersebut turut memalsukan tandatangan beliau sebagai mewakili parti.

“Saya menyangkal sekeras-kerasnya isi kandungan kenyataan media PAS bertarikh 11 Jun 2021 tersebut yang mana saya sama sekali tidak pernah sama ada bagi pihak WARISAN mahupun atas kapasiti peribadi untuk mempersetujui atau menandatangani apa-apa persetujuan muafakat bersama PAS untuk menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri. WARISAN tidak pernah terlibat dengan Kenyataan Media itu.

“Perbuatan seperti ini adalah tindakan orang-orang yang kemaruk kuasa sehingga sanggup memfitnah dan memalsukan tandatangan saya.

“Saya akan membuat laporan polis selepas berbincang dengan peguam saya berkenaan perkara ini.” katanya.

Loretto Padua mengulas surat sokongan bersama oleh WARISAN dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)  yang ditandatangani oleh beliau dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan untuk menyokong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Perdana Menteri yang baharu. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat