Sistem Kesihatan Negara Teguh & Tidak Runtuh Dengan Adanya Ordinan Darurat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ordinan Darurat yang diadakan sama sekali tidak menjejaskan sistem kesihatan negara, malah ia terus berdiri teguh dan tidak runtuh biarpun negara masih dilanda pandemik Covid-19.

Begitu jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu apabila kerajaan boleh mengguna pakai pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk membantu memerangi wabak ini.

“Langkah-langkah sebegini adalah untuk menentukan supaya sistem kesihatan tidak runtuh pada waktu COVID-19 ini.

“Sejak dari awal sampailah sekarang, dengan adanya bantuan daripada kerajaan untuk membiayai pelbagai kemudahan dan peruntukan di bawah Akta Darurat yang ada, sistem kesihatan kita masih boleh berdiri, ia tidak runtuh.

“Yang kita bimbangkan begitu (sistem kesihatan runtuh) kerana strategi yang kerajaan ambil ialah untuk menentukan apa saja permasalahan yang berkaitan COVID-19 dapat kita uruskan dengan baik dan sempurna,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan persediaan operasi ICU di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini.

Dalam sidang media yang sama Muhyiddin berkata, kadar imunisasi vaksin COVID-19 di seluruh negara berjalan dengan baik dan beliau optimis kadar vaksin mampu meningkat kepada 250,000 sehari dan dijangka mencecah 300,000 ke 400,000 sehari pada Julai.

“Langkah yang kita ambil ini secara holistik iaitu ‘whole of society, whole of government’ untuk menentukan kita berjaya memerangi wabah ini.

“Saya merayu sekali lagi kepada pihak yg belum daftar agar segera mendaftar, kita bagi jaminan mereka, kita akan berikan suntikan vaksin apabila vaksin ini sampai. Saya harap negara dapat ‘herd immunity’ sebelum akhir tahun.

“Dengan keadaan begitu, mungkin keadaan negara bertambah baik, ekonomi kita boleh pulih, kesihatan rakyat boleh betambah baik dan sebagainya, itulah yang saya harap,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat