Kerjasama Dwipartisan Tangani Covid-19

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri diharap dapat mengadakan kerjasama dwipartisan antara kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang dalam usaha melawan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Pakatan Harapan (PH) Johor dalam kenyataannya berkata, ini merupakan langkah yang proaktif dengan penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) rentas parti.

“PH Johor menyambut baik pengumuman Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berhubung pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0, semalam.

“Pemberian peruntukan khas sebanyak RM7.05 juta kepada semua ADUN dan Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) untuk melaksanakan program advokasi vaksinasi dan program kebajikan di kawasan masing-masing merupakan satu bentuk kerjasama dwipartisan yang proaktif,” katanya.

Kenyataan secara bersama itu ditandatangani Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Semalam, Hasni mengumumkan PRE Ihsan Johor 3.0 dengan peruntukan sebanyak RM241 juta yang membabitkan 33 inisiatif bertunjangkan dua fokus utama iaitu pemerkasaan pengurusan pandemik Covid-19 serta pengukuhan bantuan keselamatan sosial.

Menurut kenyataan itu lagi, PH Johor juga menyokong tindakan kerajaan negeri membeli 190,000 kit ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag), menggerakkan penglibatan rangkaian hospital di bawah KPJ Healthcare dan pemberitahuan bantuan secara one-off kepada pihak terjejas akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Vaksinasi: Penyertaan Masih Dibuka Untuk Pengamal Perubatan Swasta Sumbang Khidmat – Dr Adham Baba

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai komitmen dan sumbangan pelbagai pihak dalam usaha menangani pandemik Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba...

Pesakit Kategori 4, 5 Meningkat, Penggunaan Katil ICU Cecah 97 Peratus – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang diperoleh daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) perkhidmatan hospital di seluruh...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Pembayaran Tunggakan Cukai LHDN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan terhadap perintah mahkamah berhubung pembayaran tunggakan cukai RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam...