Liga Sepanyol Bermula Semula, Antara Disambung, Perlawanan Yg Terhenti Sejak Dis 2019

- Advertisement -

SEPANYOL: La Liga – nama rasmi merujuk kepada liga bolasepak Sepanyol, bermula kembali semalam sejak ditangguhkan pada hujung Mac 2020 akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara berkenaan.

Walaupun kerajaan Sepanyol memberikan kebenaran untuk liga bolasepak negara itu bermula pada 8 Jun, pengurusan La Liga bagaimanapun hanya membuat keputusan untuk bermula semalam, 10 Jun 2020.

Menariknya, antara perlawanan yang bermula semalam, ialah sambungan 45 minit separuh masa kedua melibatkan pasukan Rayo Vallecano dan Albacete yang terhenti pada separuh pertama pada 15 Disember 2019 berikutan kekecohan selepas salah seorang pemain Albacete dilayangkan kad merah.

Ia sepatutnya disambung lebih awal tetapi tertangguh lebih lama berikutan wabak Covid-19, seterusnya menjadikan perlawanan itu sebagai perlawanan bolasepak paling lama tertangguh di dunia – sumber pelbagai

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat