Radin Era bukan nak kahwin tahun ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyampai radio Era dan pengacara, Radin menafikan bakal berkahwin dalam waktu terdekat ini.

Radin, 32, atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani berkata, perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih, Azlina Idris, 31, dibuat tahun depan.

“Setakat ini untuk perancangan masa terdekat belum lagi. Ada rancang tapi tahun depan, kalau tak ada apa-apa aral melintang. Masih ada beberapa perkara perlu diselesaikan. Tapi perancangannya bukan tahun ini. Doakan yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Radin, dia juga tidak pernah terasa atau ambil hati dengan soalan sedemikian terutama dalam kalangan keluarga dan orang sekeliling.

Malah, Radin menganggap soalan itu adalah tanda orang ambil berat dan sayang pada dirinya.

“Balik raya baru-baru ini, alhamdulillah semuanya okay. Saya berjumpa dengan saudara-mara yang lama tak jumpa. Biasalah bila balik kampung saya tak pernah anggap soalan bila nak kahwin sebagai menyibuk atau ‘busy body’.

“Bagi saya ia normal bila orang lain tanya soal jodoh. Saya ambil sebagai tanda apabila ada yang bertanya mereka ambil berat dan sayang kita. Sudah tentu akan ada soalan-soalan sebegitu. Saya jawab saja, perancangan sudah ada dan minta doakan yang baik-baik saja.

“Kalau ada tarikh dan sudah ditetapkan semuanya, sampailah kad. Tak adalah saya nak terasa dengan soalan-soalan sebegitu. Tidak pernah sama sekali,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat