Lokasi biasa tapi ‘berbisa’

- Advertisement -

Melihatkan turun naik industri kreatif sejak kebelakangan ini sebenarnya memberikan pengalaman baharu bagi kebanyakan penggiat seni.

Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi oleh kebanyakan daripada mereka ketika melalui episod pandemik yang melanda negara sejak dua tahun yang lalu.

Namun dengan beberapa kelonggaran prosuder operasi standard (SOP) diikuti peralihan fasa endemik, sedikit sebanyak memberi kelegaan apabila dapat kembali berkarya dengan bebas.

Bagi penerbit CT Pitcures Sdn Bhd, Siti Murni Yusof mengakui pihaknya sudah melalui pelbagai cabaran dan rintangan ketika perlu menyiapkan beberapa projek penerbitan sebelum ini.

“Memang benar pihak kami melalui pelbagai pengalaman baharu ketika mahu menyiapkan dua naskhah sebelum ini memandangkan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Tapi itu tidak menghalang kami terus berkarya dan memberikan yang terbaik kepada progam majalah & travelog yang kami terbitkan.

“Dengan kelonggaran SOP yang diumumkan kerajaan beberapa hari lalu, ini adalah petanda yang baik untuk seluruh industri kembali seperti sedia kala dan terus gemilang,” katanya.

 

TAK Popular Tapi Berbisa bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.
TAK Popular Tapi Berbisa bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

 

Menerusi syarikat CT Pitcures, Siti Murni gembira apabila produk Tak Popular Tapi Berbisa bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

Program yang menjelajah ke 13 destinasi popular di seluruh negara itu mengangkat destinasi percutian yang tidak begitu popular tetapi menarik untuk dikunjungi.

Menggunakan khidmat Kucaimars dan Amin Haridz sebagai pengacara, mereka meneroka banyak destinasi percutian unik dan mempunyai kisah menarik.

“Untuk mereka yang mahu bercuti tetapi tidak mahu pergi ke destinasi biasa, Tak Popular Tapi Berbisa ini adalah jawapan yang tepat kepada persoalan anda.

“Kita sedar ada segelintir pihak mahu meneroka destinasi baharu yang kurang popular. Rancangan ini akan memberikan jawapan kepada mereka,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat