Covid-19: Dr. Fauci & Pengarah CDC, Mula Menjalani Kuarantin

- Advertisement -

WASHINGTON: Tiga nama penting dalam pasukan petugas Rumah Putih mengenai Covid-19, memulakan proses kuarantin masing-masing setelah dikatakan berhubung dengan beberapa orang kakitangan kompleks itu yang dikesan positif virus berkenaan.

Pengarah CDC, Dr. Robert Redford, pakar penyakit berjangkit Dr. Anthony Fauci dan Pengarah FDA, Dr. Stephen Hahn, dilaporkan mula menjalani kuarantin sejak semalam.

CDC adalah agensi utama bagi pengawalan dan pencegahan penyakit di Amerika Syarikat, ironinya, SOP mengenai kuarantin Covid-19 untuk negara itu dikeluarkan oleh CDC. FDA pula adalah agensi yang bertanggungjawab (antara lain) meluluskan sebarang jenis ubat sebelum boleh digunakan di negara tersebut.

Dr. Fauci adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan. selain pakar penyakit berjangkit terkemuka dunia beliau turut mempunyai sikap terus terang; walaupun nampak bercanggah dengan Presiden Donald Trump yang mengetuai pasukan petugas khas tersebut.

Beliau dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham, antara 3 individu yang mendapat pengiktirafan sebuah stesen TV China, CGTN berikutan kecemerlangan menguruskan isu berkaitan Covid-19 ini di negara masing-masing bulan lepas.

Seorang lagi ahli dalam pasukan petugas tersebut, Naib Presiden Mike Pence, dilaporkan enggan menjalani kuarantin walaupun Setiausaha Akhbarnya disahkan positif Covid-19 kelmarin.

Proses kuarantin akibat Covid-19 di Amerika Syarikat, antaranya, termasuk duduk di rumah selama 2 minggu, pengambilan suhu badan setiap hari dan memakai topeng muka – sumber CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat