Drama Di DUN Melaka Pagi Ini, Ab Rauf Speaker Baharu

- Advertisement -

MELAKA: Media melaporkan persidangan DUN Melaka kecoh berikutan usul 17 ADUN kerajaan untuk menukar Speaker Dewan, ditolak oleh Speaker lantikan pembangkang dulu.

Selepas pertelagahan selama setengah jam, Speaker lantikan pembangkang membuat keputusan untuk menangguhkan persidangan ke hari lain.

17 ADUN kerajaan kemudian membuat keputusan untuk meneruskan persidangan tanpa kehadiran 11 ADUN pembangkang.

Dewan membuat keputusan untuk melantik Dato’ Ab Rauf Yusoh sebagai Speaker yang baru setelah cadangan ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali, disokong ADUN Asahan, Datuk Seri Ghafaar Atan.

Ab Rauf ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, merangkap Ketua UMNO bahagian Masjid Tanah.

DUN Melaka mempunyai 28 ADUN.

(Sumber gambar: Sinar Harian)

Dari FB Page Najib Razak

DUN Melaka ada 28 ADUN:

PN ada 17 ADUN. PH ada 11 orang.

Speaker DUN yang dilantik kerajaan PH dahulu ialah bekas pengerusi PKR negeri.

Dia beritahu media dia nak jawat speaker sehingga akhir penggal.

Dia tak nak luluskan usul rasmi DUN untuk ganti dia. Selepas bergaduh, dia hentikan sidang DUN pagi ini.

Lalu, wakil-wakil PN pun berkumpul semula dan meneruskan sidang DUN tanpa kehadiran wakil PH untuk melantik speaker baru.

Speaker baru berjaya dilantik dengan sokongan 17 dari jumlah 28 ADUN Melaka.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat