PKP: Bantuan Kerajaan Jadi Modal Meniaga

UMNO Sabah Bersedia Melangkah Jauh Ke Hadapan, Kata Bung

Kota Kinabalu - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

KOTA KINABALU - Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

SPRM Tahan Pengarah Urusan Berkaitan Kes Seleweng Tender RM22 Juta

ALOR SETAR - Seorang pengarah urusan syarikat pembersihan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan tender pembersihan bernilai RM22...

KEPALA BATAS — Pasangan suami isteri Rosnizam Ishak dan Roazian Md Noor sama sekali tidak menyangka pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa mereka menutup kedai makan yang diusahakan sekian lama, sebaliknya membuka jalan baharu untuk mereka berkecimpung dalam perniagaan kambing perap.

Malah pasangan suami isteri berusia 43 tahun dari Bertam ini kini nampak cukup selesa menggunakan teknologi media sosial dalam meningkatkan kemajuan perniagaan mereka.

Pada mulanya mereka mengaku cukup bimbang kerana hilang punca pendapatan susulan pelaksanaan PKP, dan mereka cukup sedar bahawa ikhtiar perlu dicari bagi memanfaatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalurkan kerajaan berjumlah RM4,000, supaya ia tidak habis begitu sahaja.

“Memang pendapatan terjejas sangat-sangatlah, masa tu Kak Yan (Roazian) fikir apa nak dibuat, nak tambah pendapatan. Masa mula-mula PKP saya berniaga macam-macam dari rumah termasuk nasi lemak dan suami sebagai ‘runner’ menghantar ke rumah pelanggan, tapi masa ni (PKP) rasa ramai sangat persaingan berniaga nasi, terutama nasi lemak.

“Kami suami isteri duduk berbincang semula selepas dapat duit GKP dan BPN itu, kalau tak buat apa-apa (berniaga) mesti habis macam tu saja (duit).. jadi kami fikir apa salahnya cuba buat kambing perap, lagipun senang nak dapat bahan mentah serta tidak renyah, manakala resepi pula cuba ‘trial and error’ sehingga dapat yang betul-betul memenuhi selera,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Roazian berkata bermula dengan lima kilogram daging kambing sahaja, mereka sama sekali tidak menjangka kini mereka mampu menjual sehingga 50 kilogram sehari, malah apa yang lebih mengembirakan ialah apbila mereka dapat berkongsi rezeki dengan orang lain, yang turut terjejas pendapatan berikutan penularan wabak COVID-19 itu.

Katanya beliau mengambil dua orang pekerja untuk membantu membuat perapan, dan aktiviti jualan pula dilakukan menerusi platform laman sosial seperti Facebook, Instagram serta aplikasi WhatsApp.

“Di sinilah timbul normal baharu, maksudnya orang nak beli tapi tak boleh keluar, jadi kami sediakan segalanya, iaitu platform untuk orang beli secara dalam talian, dan penghantaran terus ke rumah pelanggan, tanpa perlu mereka keluar rumah,” katanya.

“Kami juga buka jualan kepada agen untuk bersama-sama menambah pendapatan. Ramai juga pemandu limosin lapangan terbang turut menjadi agen atau ‘runner’ bagi menghantar kambing perap kami untuk mencari rezeki, memandangkan ketika ini sumber pendapatan mereka turut terjejas susulan ketiadaan pelancong,” tambahnya.

Menurutnya beliau juga tidak menyangka dengan menjalankan perniagaan dari rumah, mereka boleh mendapat untung yang hampir sama dengan membuka kedai makan seperti sebelum ini, malah mereka lebih kreatif, tenang dan boleh menjaga anak-anak sendiri tanpa perlu menghantar ke rumah pengasuh atau taska.

Sementara itu, Rosnizam berkata perniagaan kambing perap yang mereka jalankan itu adalah antara hikmah PKP yang dirasai bersama isterinya apabila berjaya mencipa satu peluang perniagaan baharu.

“Memang langsung tak pernah terfikir nak berniaga dari rumah sebelum ini kerana kami selesa mengusahakan kedai makan, tapi alhamdulillah nampaknya kambing perap mendapat sambutan, malah dengan modal RM4,000 yang diberikan kerajaan kepada kami dapat menjana pendapatan serta membantu orang lain sama,” katanya.

Menurutnya berikutan sambutan yang menggalakkan, beliau bercadang untuk meneruskan perniagaan kambing perap itu pada masa hadapan di samping menjalankan kedai makan.

“Bukan tamak, tapi sebenarnya niat kami untuk sama-sama membantu agen terlibat dalam perniagaan kambing perap ini.. agen dah ada pasaran mereka sendiri, jadi apa salahnya kita teruskan supaya sama-sama menambah pendapatan,” katanya.

Kambing perap pasangan suami isteri itu dijual dengan harga RM55 sekilogram dan RM33 untuk 600 gram.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

Tempoh Kelonggaran Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan, Diskaun Saman Tamat Hari Ini

PETALING JAYA – Kerajaan tidak akan memanjangkan tempoh untuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan serta tawaran diskaun untuk saman kesalahan lalu lintas. Keadaan itu...