Indonesia Gerakkan Aset Bantu Cari Mayat Nathan Renze

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia menggerakkan tujuh aset pelbagai agensi, bagi usaha mencari mayat Nathan Renze Chesters, 14, yang hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran yang mengesahkan perkara itu berkata, pencarian pihak berkuasa itu meliputi utara Pulau Bintan, Indonesia.

“Setakat ini tiada perkembangan lanjut mengenai penemuan mayat mangsa terakhir. Usaha pencarian giat dilakukan pihak Indonesia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat di negara ini ditamatkan 1.30 tengah hari, kelmarin, selepas dua penyelam skuba, Adrian Peter Chesters, 46, dan Alexia Alexandria Molina, 18, ditemukan pada kedudukan 16 batu nautika utara Pulau Bintan, di perairan Indonesia oleh nelayan.

Adrian Peter turut memberi kenyataan kepada pihak berkuasa bahawa seorang lagi penyelam, anaknya Nathan sudah meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Manakala jurulatih selam skuba, Kristine Grodem dari Norway, ditemukan Khamis lalu, lebih 20 batu nautika dari lokasi dipercayai hilang. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat