Konvoi Panjang Tentera Rusia Menuju Ke Selatan Ukraine

- Advertisement -

KIEV – Beberapa imej satelit baharu yang disiarkan firma Maxar Technologies memaparkan konvoi kenderaan tentera Rusia sepanjang 12.9 kilometer bergerak ke selatan Ukraine melalui bandar Velkyi Burluk di bahagian timur, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Bandar Velkyi Burluk terletak kira-kira 24.1 kilometer ke barat sempadan Rusia dan tidak jauh dari bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv.

Tentera Kremlin dilaporkan melancarkan kira-kira 50 serangan ke atas Kharkiv pada Jumaat lalu menggunakan artileri, mortar, kereta kebal dan pelbagai sistem pelancar roket.

Menurut akhbar The New York Times, konvoi itu kelihatan bergerak ke arah bandar Izium yang terletak kira-kira 96.5 kilometer ke selatan Velkyi Burluk.

Tentera Kremlin mengekalkan kawalan ke atas Izium minggu lalu selepas tumpuan pencerobohan beralih kepada rantau Donbas setelah gagal merampas ibu kota Ukraine, Kiev.

Kementerian Pertahanan Ukraine berkata dalam satu kenyataan bahawa Rusia nampaknya sedang mengukuhkan tenteranya di Izium untuk bergerak ke arah bandar Slobozhansky ketika Kremlin terus mengepung Kharkiv.

Rusia juga dikatakan mengumpulkan tenteranya di Izium sebelum melakukan serangan ke atas Sloviansk ketika Moscow cuba menguasai rantau Donbas dalam usaha untuk memisahkannya daripada Ukraine.

Izium terletak hanya 48.2 kilometer ke barat laut Sloviansk iaitu bandar utama di wilayah Donetsk. Donetsk adalah salah satu daripada dua wilayah atau bahagian pentadbiran di Ukraine yang membentuk rantau Donbas yang lebih besar.

Rantau Donbas sebahagian besarnya dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Rusia sejak Moscow merampas Semenanjung Crimea pada 2014. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat