Bekalan kuasa terjamin

- Advertisement -

Bekalan kuasa untuk desktop sangat penting memandangkan ia akan memberi jaminan jangka hayat perkakas yang lain.

Memang diakui, terdapat banyak pilihan bekalan kuasa namun tidak semua memberi jaminan kepada kestabilan pembekalan arus elektrik.

Untuk itu, jenama perkakas kelas permainan terkemuka, MSI memperkenalkan bekalan kuasa daripada siri MPG dengan bekalan 750 watt daripada siri A750GF.

Bekalan kuasa ini mendapat pengiktirafan kecekapan guna tenaga 80 Plus Gold di samping penggunakan rintangan berkualiti tinggi untuk mengelakkan sebarang ketidakstabilan arus ketika penggunaan.

MPG A750GF ini mampu untuk menyokong semua siri kad grafik Nvidia RTX 2000 dan 3000 serta dilengkapi dengan tiga sambungan kabel VGA.

Sesuai dengan kelas prestasi tingginya, bekalan kuasa ini menawarkan jaminan 10 tahun kepada pengguna.

MSI juga bijak untuk menggunakan 100 peratus kapasitor buatan Jepun untuk MPG A750GF ini dan ia adalah kategori bekalan kuasa ‘full modular’.

Pengguna hari ini lebih cenderung untuk mendapatkan bekalan kuasa full modular kerana kemasan pemasangan kabel.

Terminal sambungan untuk setiap kabel adalah menggunakan tembaga aloi yang mempunyai kelebihan lebih baik berbanding terminal sambungan gangsa.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat