Anwar pertahan jawatan Presiden PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim nekad mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi pemilihan parti itu.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

“(Datuk Seri) Anwar akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2024.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengahari,” kata kenyataan itu.

Pemilihan PKR 2022 kali ini menjadi tumpuan kerana melibatkan pemilihan presiden parti dan lima jawatan tertinggi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat di peringkat cabang yang berlangsung Mei ini.

Lima jawatan tertinggi yang akan dipilih pada mesyuarat cabang melalui kaedah satu orang satu undi itu ialah seorang timbalan presiden dan empat naib presiden.

Mengikut sistem baharu itu, baki 20 ahli majlis pimpinan pusat (MPP) akan dipilih oleh 2,664 perwakilan pada kongres nasional PKR pada akhir Jun ini, dengan setiap cabang akan menghantar kira-kira 12 perwakilan untuk menyertai Kongres Nasional PKR.

Antara tumpuan utama dalam pemilihan kali ini adalah bagi pemilihan Timbalan Presiden yang akan menyaksikan pertembungan antara Saifuddin Nasution dan bekas Naib Presiden PKR,Rafizi Ramli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat