Samsung hasilkan ‘Soundbar’ pertama di dunia

- Advertisement -

Sistem audio sememangnya menjadi pelengkap kepada set teater termasuk ia memberi nilai tambah dalam setiap kandungan penstriman video yang ditawarkan.

Sejak bertahun lalu, Samsung menawarkan kepelbagaian peranti audio dengan keupayaan ideliti tinggi sekali gus memberi pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Pengguna hari ini mempunyai banyak pilihan dalam aspek akses kandungan penstriman video dan wujud keperluan untuk memenuhi pengalaman dalam aspek penawaran sistem audio yang bukan sahaha mesra pengguna serta sesuai dengan ruang kediaman.

Mungkin bagi pengguna yang tidak biasa dengan saluran bunyi, dua sistem saluran bunyi mengandungi stereo speaker di bahagian kiri dan kanan manakala untuk tiga saluran didatangkan dengan speaker tambahan.

Untuk sebuah perkakas bunyi 3.1 akan dilengkapi denga satu subwoofer khusu untuk bunyi frekuensi rendah makanala untuk 5. akan didatangkan dengan penambahan speaker. di bahagian belakang.

Sistem bunyi 5.1.4 pula akan dilengkapi dengan dua saluran speaker memberikan bunyi tiga dimensi persekitaran sekali gus menghasilkan bunyi objek di luar daripada skrin.

Pada awal tahun ini, Samsung Electronics memperkenalkan bar bunyi atau ‘soundbar’ yang pertama di dunia menerusi saluran 11.1.4 dan ia mampu memberikan pengalaman kepada pengguna dengan penawaran bunyi lebih persis dan memenuhi ruang.

Kejayaan penawaran bunyi berkenaan adalah berterusan daripada Samsung yang memberikan peranti berteknologi tinggi khusus untuk kepuasan pengguna yang mementingkan kejituan bunyi bak sisterm audio panggung wayang.

Soundbar baharu Samsung ini dilengkapi dengan sistem bunyi saluran 11.1.4 yang memberikan kejelasan serta bunyi persekitaran (surround).

Jika pengguna sedang menonton filem aksi, HW-Q950A ini bakal ‘ membawa pengguna’ kepada persekitaran persis di dalam filem berkenaan hasil daripada teknologi saluran yang dirawarkan pada perkakas berkenaan.

Contohnya, jika filem ini memaparkan bunyi kapal terbang, penggun akan dapat merasainya tatkala kapal terbang itu merasainya tatkala kapal terbang itu menghampiri sehingga kapal berlalu pesawat berkenaan.

Situasi sama juga untuk aksi kejar mengejar yang menghasilkan deruma enjin kereta super, perkakas baharu keluaran Samsung ini akan memberikan bunyi persekitaran yang bukan saja persis malah padat dengan pelbagai taburan frekuensi bunyi.

Semua itu dapat dihasilkan daripada teknologi Samsung yang menggunakan empat speaker utama, subwoofer sebahai penghasil bass dan dua speaker di bahagian belakang.

Bar bunyi ini turut menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos dan Samsung Electronics merancang untuk menggabungkan teknologi Q-Symphony dalam meningkatkan jumlah produknya.

Teknologi Q- Symphony berkenaan adakah rekaan khusus untuk produk keluaran Samsung serta menghasilkan keupayaan bunyi lebih baik berbanding penalaan bunyi biasa.

Q-Symphony berkenaan akan melakukan penyeragaman penghasilan runut bunyi yang di keluarkan oleh televisyen serta bar bunyi ( soundbar) pengguna sekali gus bunyi yang terhasil lebih bersinergi.

Teknologi itu juga akan memberukan pengalaman luar biasa serta unik kepada pengguna khususnya untuk merasai umpama panggung wayang.

Teknologi ini menyediakan bunyi 3D yang realistic untuk membolehkan pengguna menikmati audio yang lebih mendalam merentas pelbagai kandungan.

Mingkun ada pengguna yang mempersoalkan tentang keupayaan bunyi kerana ia banyak bergantung kepada persekitaran iaitu ketinggian siling, luas sesuati ruang dan sebagainya.

Menyedari saiz dan ciri gema bilik, bar bunyi keluaran Samsung menggunakan mikrofon terbina serta DSP dalam TV QLED untuk menyampaikan bunyi yang optimum.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web https://news.samsung.com/global/a-closer-look-at-the-worlds-first-11-1-4… untuk maklumat terperinci.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat