Kerajaan, PH setuju pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan diperhalusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) mempersetujui tiga perkara berhubung pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan termasuk memperhalusi berkaitan tafsiran bagi larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini.

Beliau berkata mesyuarat juga membincangkan cadangan memansuhkan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan, termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu.

Perkara 48 (6) menyatakan seseorang yang melepaskan keahliannya di Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

“Ketiga adalah menggubal satu rang undang-undang khusus berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan perkara ini akan dikemuka untuk dibincang dan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantik oleh dewan ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat