RUU Antilompat Parti : Demokrasi negara kini pada tahap membimbangkan – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ‘Tindakan ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat yang dipilih memilih melalui pilihan raya umum, jelas Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) itu berkata demikian susulan 39 ahli Parlimen yang telah melompat parti sejak PRU-14 yang lalu.

Menurutnya lagi, keadaan ini merupakan satu isyarat yang jelas menunjukkan amalan demokrasi negara kini tidak sihat dan berada pada tahap membimbangkan.

“Sikap dan tindakan bertukar parti oleh ahli Dewan Rakyat secara langsung (juga) membuat rakyat menilai kesetiaan mereka terhadap parti mewakili dan dalam masa sama memberi kesan kepada amalan demokrasi negara.

“Justeru seperti mana semua sedia maklum usaha menambah baik sistem pentadbiran negara melalui pelbagai inisiatif transformasi pentadbiran secara kerjasama dwi partisan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah diterjemah melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021 antaranya termasuk perkara 2.1 mengenai keperluan membentang dan melulus Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen.

“Penggunaan istilah anti lompat parti ini adalah sementara kerana dalam RUU itu kita perhalusi namanya lebih wajar dan lebih elok,” katanya pada Mesyuarat Khas Penggal Kelima Majlis Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat