Anwar usul RUU Antilompat Parti dibentang sebelum akhir Mei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti diusulkan supaya dibentangkan sebelum akhir bulan Mei.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bertujuan membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi punca kuasa bagi penggubalan RUU berkenaan yang dibentangkan hari ini dapat dilakukan bersama dengan pembentangan RUU Antilompat Parti.

“Kita usulkan supaya sesi berikutnya, harapannya selewat-lewatnya sebelum akhir Mei ini. Saya harap, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dapat memberikan persetujuan.

“Ini bagi membolehkan kita tahu pindaan ini berlaku khusus untuk memenuhi maksud kita dalam meminda atau mengadakan RUU ini, supaya Yang Berhormat akan mendapat kepastian yang dimaksudkan dengan pindaan ini, yang kita tahu adalah dengan menterjemahkannya dalam RUU Antilompat Parti ini.

“Saya harap jawatankuasa berkenaan akan segera bermesyuarat dan mencari kesepakatan supaya dapat dibentang, dibahas dan diluluskan secepat mungkin,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian ketika membahaskan RUU Perlembagan (Pindaan) (No 3) 2022 pada mesyuarat khas Dewan Rakyat di Parlimen, pada Isnin.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RUU Anti Lompat Parti dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.

Menurut beliau lagi, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti dan mengubal RUU itu, dengan anggotanya terdiri daripada wakil pembangkang, kerajaan dan mungkin ahli akademik yang pakar dalam Perlembagaan.

“Saya harap perkara ini dipercepatkan, sasaran kerajaan untuk bentangkan akta anti lompat parti ini pada sesi Julai nanti.

“Tetapi tergantung kepada jawatankuasa khas itu nanti, secepat mana mereka boleh cadangkan untuk dibentangkan kepada Kabinet untuk persetujuan sebelum boleh dibentang di Parlimen,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat