Singgung sensitiviti agama, cerca pemergian Pak Lah lelaki dipenjara 10 bulan, denda RM50,000

MIRI, 11 Mac 2026 – Mahkamah Sesyen 1 Miri hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan serta denda RM50,000 terhadap seorang pentadbir akaun Facebook kerana memuat naik komen yang bersifat jelik melampau serta menyinggung sensitiviti agama Islam berhubung pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tertuduh, John Mule anak Alai, 48, telah didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana menggunakan perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar dengan memuat naik penghantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk mengganggu mana- mana orang. Beliau selaku pentadbir akaun Facebook “Bat Tuo Sai”, telah memuat naik komen yang mencerca dan penghinaan terhadap ayat suci Al- Quran dan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hantaran Facebook Astro Awani berkaitan berita pemergian beliau.

MCMC memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan platform digital yang boleh menghina agama, mencetuskan kebencian atau menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Orang ramai diingatkan supaya menggunakan media sosial secara berhemah, bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa. Sebarang kandungan yang bersifat menghina, menghasut kebencian atau menyinggung sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat