Kalau tak ponteng Parlimen, MP boleh dapat RM30,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –Pendapatan seorang ahli Parlimen bukan sahaja mencecah RM30,000 malah boleh lebih tinggi sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab dengan menghadiri sidang Parlimen dan mesyuarat rasmi.

Exco Pemuda Amanah Dr Mohamed Nashrudin berkata demikian mematahkan dakwaan ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari yang menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan berbohong mengenai jumlah sebenar elaun bulanan mereka adalah tidak benar.

“Kalau anda tidak ponteng Parlimen, pendapatan MP memang boleh cecah RM30,000 atau lebih sebulan dan tidaklah jatuh muflis pun seperti yang didakyah Tan Sri Muhyidin berkenaan beberapa ahli Parlimen yang kononnya hampir muflis akibat pemotongan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Maka, rajin-rajinlah ke Parlimen dan laksanakan tugas-tugas rasmi tersebut,” katanya yang dikenali Dr Nash dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau lagi, seorang Ahli Parlimen biasa menerima gaji asas serta pelbagai elaun tambahan seperti elaun keraian, elaun perjalanan, elaun pemandu, elaun bahan api dan elaun khas bagi ahli Parlimen bukan anggota pentadbiran.

Selain itu, kehadiran mereka ke sidang Parlimen dan mesyuarat jawatankuasa turut memberi tambahan pendapatan di mana pendapatan mereka boleh mencecah RM35,700 jika hadir secara penuh.

“Masalahnya sikap malas ahli Parlimen pembangkang dan ditambah tidak efektif dalam menjalankan semak imbang terhadap polisi dan dasar kerajaan dalam sidang parlimen, saya amat bersetuju peruntukan ahli parlimen pembangkang ini tidak perlu diberikan.

“Lebih baik peruntukan tersebut terus diberikan kepada rakyat menggunakan saluran lain atau tunjukkan komitmen ada di parlimen dahulu sebelum tuntut itu dan ini,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat