- Advertisement -

Bagi sotong berbisa blue-lined (Hapalochlaena fasciata), gigitan beracun bukan hanya digunakan untuk mempertahankan diri daripada pemangsa tetapi juga memainkan peranan penting dalam hubungan pembiakan mereka. Kajian terbaru mendapati sotong jantan spesies ini menyuntik racun kepada pasangan betina untuk mengelakkan dirinya dimakan selepas mengawan.

Sotong Jantan Tak Mahu Jadi ‘Snek’ Selepas Mengawan

Fenomena kanibalisme seksual bukan sesuatu yang asing dalam dunia haiwan. Ia sering berlaku dalam kalangan belalang sembah dan labah-labah, di mana betina memakan pasangan jantan selepas mengawan sebagai sumber tenaga untuk menyokong pembiakan.

Namun, berbanding sesetengah spesies yang menerima takdir mereka sebagai makanan selepas mengawan, sotong jantan blue-lined mempunyai strategi pertahanan unik. Kajian yang diterbitkan pada 10 Mac dalam jurnal Current Biology menunjukkan bahawa sotong jantan menggigit pasangan betina pada bahagian aorta di awal proses mengawan, menyuntik racun tetrodotoxin (TTX) yang menyebabkan pernafasan betina terhenti buat sementara waktu.


Bagaimana Racun Ini Membantu Sotong Jantan Melarikan Diri?

animalsfandomcom

Menurut penyelidik di Queensland Brain Institute, sejurus selepas gigitan, racun TTX membanjiri sistem betina, menyebabkan:

Pernafasan terhenti selama hampir sejam

Kulit betina menjadi pucat

Pupil mengecut & kurang respons kepada rangsangan luar

Dalam tempoh ini, sotong jantan menghantar spermatofor (pakej sperma) ke dalam betina. Namun, berbeza dengan betina yang pernafasannya terhenti, sotong jantan mengalami peningkatan kadar pernafasan dari 20-25 kepada 35-45 nafas seminit.

Sejurus selepas kesan TTX berkurangan, betina menolak pasangan jantan, memberi peluang untuknya melarikan diri ke tempat selamat sebelum betina pulih sepenuhnya.


Kenapa Sotong Betina Tidak Mati?

Walaupun kedua-dua jantan dan betina menghasilkan TTX untuk memburu mangsa, kajian menunjukkan kelenjar air liur sotong jantan boleh mencapai tiga kali lebih besar berbanding betina. Namun, saintis percaya sotong betina telah berevolusi untuk menahan racun ini, sama seperti spesies sotong berbisa lain seperti blue-ringed octopus.

Mekanisme luar biasa ini menunjukkan bagaimana evolusi membentuk tingkah laku pembiakan unik dalam dunia haiwan, memastikan kedua-dua jantan dan betina dapat meneruskan kelangsungan hidup serta kesinambungan spesies mereka.

Apa pendapat anda? Adakah ini strategi bijak atau kejam dalam dunia haiwan?

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat