Penempatan 4,828 Pengambilan Khas Secara One-Off PPP Diumum Pada 18 Mac 2022 – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan keputusan rasmi penempatan bagi 4,828 calon yang telah berjaya dalam pengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac 2022.

Menurut kenyataan Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, mereka yang berjaya akan melaporkan diri pada 4 April 2022 depan.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa keputusan rasmi penempatan bagi 4,828 calon yang telah berjaya dalam pengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac 2022.

“Semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my .

“Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 4 April 2022.” kata Dr Radzi melalui catatan Facebooknya.

Jelas Dr Radzi lagi, pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas. Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat