Selamat datang Perdana Menteri ke -11 – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam kemelut Titah Adendum yang belum berkesudahan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menyatakan titah tersebut diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa memanaskan keadaan dengan memberi bayangan akan berlaku pertukaran Perdana Menteri.

Annuar Musa mengemaskini akaun media sosial Facebooknya dengan tajuk Selamat Datang Perdana Menteri Ke-11.

Walaupun tidak memberi gambaran akan berlaku pertukaran Perdana Menteri dalam masa terdekat namun tulisan beliau boleh mengundang pelbagai spekulasi.

“Tidaklah mustahil PM ke 11 bakal menjadi penyatu kepada seluruh orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam negara kita di samping memperkukuh Perpaduan Nasional pelbagai kaum yang sejati.

“Selain dari itu PM 11 akan turut berpeluang mengembelingkan tenaga dan pemikiran 6 MANTAN PM yang masih hidup serta berupaya membantu PM 11 memaju dan membangun negara secara lebih berkesan.

“Beliau mampu menamatkan politik dendam dan “witch hunting”,sebaliknya menjadi simbol penyatuan dan perpaduan dengan tumpuan membela rakyat,” tulis Annuar.

Menurut Annuar lagi, pelantikan Perdana Menteri ke-11 yang betul akan memboleh dasar-dasar negara kembali kearah memperkasa prinsip prinsip RUKUNEGARA serta menyemarak semula roh dan semangat perlembagaan negara,saperti mana di cita citakan di awal pembentukan Negara Bangsa.

“Dari keharmonian yang PM 11 bawa, negara kembali fokus kepada politik matang dan sejahtera, PM 11 bersama 6 mantan PM bakal merupakan “THE MAGNIFICENT SEVEN” yang di nanti nantikan oleh rakyat. BUANG YANG KERUH,AMBIL YANG JERNIH. Selamat Datang Perdana Menteri Malaysia Yg ke 11,” Annuar mengakhiri tulisannya bersama gambar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat