Warisan Nafi Sertai Perikatan Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebaran khabar angin yang mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘jaket keselamatan’ menyelamatkan kerajaan daripada tenggelam adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman dalam catatan di Facebook menjelaskan dakwaan Warisan sertai PN yang sedang tular di laman-laman sosial adalah fitnah semata-mata.

Terdahulu seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Zaharin Mohd Yassin memberitahu bahawa “Berita terkini, Warisan menyertai PN, Kerajaan PN tidak tumbang”.

Sebagai maklum balas, Azis berkata, sebaran ini telah tular dan ramai orang telah bertanya berhubung kesahihan kenyataan tersebut.

“Saya ingin menjelaskan bahawa berita tular ini fitnah semata-mata.

“Warisan tidak sertai PN seperti berita yang disebarkan,” tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat