Jika Dokumen Pemain Warisan Palsu, FAM Wajar Letak Jawatan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa pegawai dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak boleh terlepas daripada mengambil tanggungjawab sekiranya terbukti wujud salah laku dalam pengurusan dokumen tujuh pemain “warisan”.

Baginda mempersoalkan peranan individu tertentu dalam pentadbiran FAM dan menekankan bahawa jawatan yang disandang seharusnya disertai tanggungjawab terhadap kemajuan bola sepak negara.

“Kalau ada terlepas pandang dari mana-mana pihak dalam pentdbiran yang ada dalam FAM, mereka patut letak jawatanlah. Kenapa dia ada kat situ, selama ni ada kat situ pun apa dia pernah buat untuk bola sepak, cakap dengan saya?

“Bila benda ni berlaku, semua lepas tangan…

“Siapa yang kerja dalam contoh admin yang ada salah, letak jawatan, termasuk dengan katakan CEO terlepas pandang dia buat salah, letak jawatan, ambil tanggungjawab masing-masinf,” titah baginda kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dalam satu sesi di Johor Bahru.

Menurut baginda, keberanian FAM membawa isu tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menunjukkan keyakinan mereka terhadap kes itu.

“Tapi kalau benda ni salah, takkan kita berani pergi sampai ke CAS, kalau kalah pun so what, tak semestinya bole sepak tu mati, kita buat lagi, sebanyak mana kita boleh, sampai kita capai matlamat kita,” titahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat