Lima konsert Istana Budaya rancak industri seni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lima persembahan termasuk konsert diatur bagi mengisi kalendar pentas prestij, Istana Budaya (IB) susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi merancakkan industri seni berjalan lancar sejak September lalu.

Malah, sambutan diraih selepas pentas prestij dibuka membuktikan masyarakat dahagakan persembahan hiburan dalam situasi norma baharu.

Lihat sahaja sambutan penampilan penyanyi bersuara lunak merdu, Misha Omar dalam Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Bersama Bintang di Panggung Sari, Istana Budaya pada Oktober lalu.

Tiket konsert ‘laku keras’ dalam tempoh beberapa jam dibuka hingga mencetuskan kekecohan kepada peminat yang gagal mendapatkannya.

Timbalan Ketua Pengarah (Artistik), Istana Budaya, Zaifri Husin berkata IB merancang pelbagai genre persembahan untuk menarik pelbagai kelompok masyarakat.

“Selain konsert membabitkan Misha, empat lagi slot persembahan diisi termasuk Konsert Rentak Kita bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang dianjurkan selama dua hari pada Oktober lalu.

“Kemudiannya disusuli Konsert Patriotik Tanah Airku pada 6 November lalu membabitkan penyanyi seperti Syamel, Ernie Zakri dan ramai lagi. Seterusnya, persembahan Wayang: Sakti pada 19 dan 20 November lalu.

“Konsert Gema Gangsa menutup tirai IB tahun ini dijayakan penyanyi terkenal seperti Ella, Naqiu, Ronnie Hussein dan Daniel Chuer pada 27 dan 28 November ini,” katanya kepada BH Online.

 

Zaifri optimis peranan IB dalam terus mengangkat dan memartabatkan seni dan budaya ke arah keunggulan seni persembahan. - Foto Ihsan IB
Zaifri optimis peranan IB dalam terus mengangkat dan memartabatkan seni dan budaya ke arah keunggulan seni persembahan. – Foto Ihsan IB

 

Tambah Zaifri lagi, sepanjang bulan depan, tiada sebarang persembahan dianjurkan.

“Akaun IB tutup hingga November sahaja. Saya berharap kalendar acara tahun depan akan terus merancakkan industri kreatif tanah air,” katanya.

Dalam pada itu, Zaifri optimis dengan peranan IB dalam terus mengangkat dan memartabatkan seni dan budaya ke arah keunggulan seni persembahan.

“IB perlu menyajikan pementasan yang mempunyai nilai artistik tinggi dan memenuhi cita rasa penonton.

“Meskipun genre muzik pelbagai tema disajikan IB melalui OSK dan OTM serta sokongan Artis Tari mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada era pendemik menuju endemik ini.

“Nyata, penonton teruja kembali menyaksikan pementasan di Panggung Sari. IB berjaya menyemarakkan seni persembahan dan menjadi pengubat kerinduan peminat seni pentas tanah air,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat