BKM Fasa 4 dikreditkan awal bermula Selasa ini persediaan hadapi banjir – PM

- Advertisement -

KUALA BERA – Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 dan dijangka selesai pada 18 November 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

“Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

“Untuk BKM setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya ketika sidang media selepas program ramah mesra dengan penduduk Kampung Batu Bor pada Khamis.

Ismail Sabri memberitahu, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.

“Kita bagi awal takut banjir berlaku, kredit awal senang mereka nak ke bank sebelum banjir melanda.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat