BN mampu tawan 112 kerusi Parlimen, tak perlu kerajaan campuran- PM

- Advertisement -

KUALA BERA – Barisan Nasional (BN) dijangka mampu membentuk kerajaan majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah menyatakan kerajaan BN tidak perlu membentuk kerajaan campuran dengan parti lain sebaliknya hanya bersama rakan Sabah dan Sarawak sahaja bagi memperkukuhkan kerajaan.

“Pagi tadi saya menghadiri mesyuarat Top 5 Umno dan kita dijangka bakal memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi. Kita boleh bentuk kerajaan sendiri.

“Tapi kita tidak akan bersendirian, BN akan membentuk kerajaan dengan rakan dari Sabah dan Sarawak.

“Memandangkan akta Anti Lompat Parti telah dikuatkuasakan kita tak bimbang lagi, kita akan bentuk kerajaan yang kuat sekali gus menjamin kemakmuran negara,” katanya katanya ketika sidang media selepas program ramah mesra dengan penduduk Kampung Batu Bor pada Khamis.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno itu berkata, laporan terkini daripada mesyuarat Top 5 Umno mendapati sepanjang lima hari kempen dilaporkan positif dan mood pengundi berpihak kepada BN.

Menurutnya, berdasarkan laporan jentera BN di seluruh negara, sokongan rakyat kepada parti itu semakin kuat termasuk dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

“Saya bersama Top 5 bermesyuarat tadi (hari ini) dan kita dapati perkembangan amat positif diterima BN ketika ini.

“Kita sedang mendahului dan yakin akan menang dalam PRU15 pada 19 November ini nanti dengan penguasaan 112 kerusi bagi membentuk kerajaan majoriti mudah,” katanya.

Turut hadir, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidan.

Hari ini, Ismail Sabri menghadiri pelbagai program menyantuni pengundi sebaik selesai program di Johor dan Melaka semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri percaya sokongan dari rakan strategik parti dari Sabah dan Sarawak juga akan mampu memperkuatkan kerajaan yang dibentuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat