Parlimen: UAV, Dron, Perolehan Baharu Mantapkan Op Benteng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 84 unit pesawat tanpa pemandu (UAV) mini antara cadangan perolehan baharu bagi memantapkan lagi elemen perisikan, pemantauan dan pengawasan Op Benteng tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata selain itu, kerajaan bercadang membuat perolehan 33 unit dron pelbagai guna dengan kos kedua-dua aset berkenaan dianggarkan bernilai RM2.72 juta.

Beliau berkata kerajaan turut bercadang membuat perolehan aset bantuan peralatan operasi termasuk empat unit night vision binocular untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia, 18 outdoor action camera (Tentera Udara Diraja Malaysia), 63 ground tactical camera serta 30 walkie-talkie untuk kegunaan Tentera Darat.

“Insya-Allah dengan kesinambungan kejayaan Op Benteng, untuk 2022 kerajaan akan peruntuk sejumlah bajet untuk memperoleh peralatan kegunaan Angkatan Tentera Malaysia untuk tingkatkan keupayaan kawalan sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) mengenai perolehan aset untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan negara tahun hadapan.

Mengenai keberkesanan Op Benteng, Ikmal Hisham menjelaskan, hingga 31 Oktober lalu, seramai 16,229 pendatang tanpa izin ditahan dan 3,666 lagi yang cuba membolosi sempadan negara diusir.

Selain itu, beliau berkata operasi yang dilancarkan sejak 12 Mei tahun lepas berkenaan turut berjaya mengekang aktiviti penyeludupan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM668.47 juta melibatkan barang-barang terlarang, kenderaan dan barangan peribadi.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat