Malaysia Ada Strategi Hidup Bersama Virus COVID-19 – Mastura

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah merangka dan merencana pelbagai pendekatan setelah mengisytiharkan untuk “Hidup Bersama Virus COVID-19” berdasarkan kaedah yang diguna pakai beberapa negara lain yang mencapai kadar vaksinasi 70 ke 80 peratus populasi dan penurunan trend kematian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Yazid berkata, kerajaan tiada cadangan untuk mengenepikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) empat fasa yang diperkenalkan sebelum ini.

“PPN berfasa yang dibangunkan sejak Jun 2021 adalah bersifat komprehensif dan dinamik dalam mengawal pemularan COVID-19 dan sedang dilaksanakan sehingga kini. Setakat hari ini, hanya dua negeri yang tidak sampai ke Fasa 4 iaitu negeri Sarawak dan Kelantan.

“Ianya adalah langkah berterusan bagi membolehkan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial secara progresif, berperingkat dan berhati – hati sehingga hari ini. Walau bagaimanapun raykat Malaysia perlu terus mematuhi pada SOP sedia ada dan perlu bertanggungjawab amalan TRIS (Test, Trace, Isolate dan Support) walaupun negara beralih ke Fasa 4,” kata Mastura menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Guan Eng bertanya sama ada kerajaan telah mengenepikan Pelan Pemulihan Negara empat fasa yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri dan apakah langkah baru untuk beralih daripada dasar sekatan dan pembasmian COVID-19 kepada mitigasi atau hidup bersama COVID-19 dengan membuka semula sektor ekonomi.

Hal demikian Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar mengemukakan kerangka strategi untuk beralih ke fasa endemik iaitu antaranya, respon kesihatan awam dan vaksinasi – memperkasa proses Find, Test, Trace, Isolate dan Support (FTTIS), menggunakan pendekatan berasaskan penilaian risiko, memastikan ventilasi yang selamat dan mencukupi dengan memastikan 70 ke 90 peratus penduduk telah menerima vaksinasi lengkap dan memberikan dos penggalak kepada golongan yang berisiko tinggi.

Selain itu katanya, pengujian dan suvelan – menggunakan kit ujian kendiri dan kit ujian pantas (seperti cough app). Memantapkan survelan menggunakan kadar insiden per penduduk, peristiwa, indikator, ujian makmal dan persekitaran; pengurusan kes – memastikan kapasiti hospital mencukupi, penjagaan kesihatan primer dan melindungi golongan yang rentan / berisiko tinggi. KKM juga melaksanakan rawatan inovatif dengan menggunakan ubat – ubatan therapeutic anti-viral seperti pil Molnupiravir sebagai alternatif untuk merawat pesakit COVID-19.

“Pemerkasaan komuniti – menyemai amalan dan tanggungjawab kendiri dan sosial seperti meneruskan amalan pedekatan 3W (wash, wear and warn) dan mengelakkan 3C (Crowded place, Confined space and Close conversation) serta ujian kendiri, isolasi dan kuarantin kendiri. Membentuk rakyat sebagai ejen perubahan (individu dan komuniti) dengan penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan Berasaskan Komuniti (CBO). Memastikan daya tahan kesihatan mental rakyat.

” Juga kawalan sempadan – menambahbaik polisi kuarantin dan SOP berkaitan pengembara seperti Test and Release serta menyenaraikan negara mengikut klasifikasi risiko,” ujar Mastura.

Kata Timbalan Menteri itu lagi, kerajaan berpandangan bahawa pelan ini akan terus digunakan sehingga seluruh negara berjaya mencapai nilai ambang bagi indikator yang ditetapkan untuk beralih ke Fasa 4.

Walau bagaimanapun jelas beliau, rakyat Malaysia masih perlu patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan perlu bertanggungjawab untuk menilai tahap risiko masing – masing walaupun sudah menerima vaksinasi lengkap apabila berada dalam Fasa 4.

Mastura menambah lagi, kerajaan pada awal September 2021 yang lalu telah mengumumkan bahawa negara juga akan beralih daripada strategi membasmi COVID-19 kepada pendekatan Fasa Endemik.

Namun katanya, pihak Kerajaan tidak bersifat terburu – buru dan mengambil langkah yang lebih berhati – hati bagi memastikan siap siaga bagi respon kesihatan awam dan vaksinasi, pengujian dan suvelan, pengurusan kes, pemerkasaan komuniti serta kawalan sempadan.

Kata Mastura, empat perkara diambil perhatian bagi peralihan ke Fasa Endemik iaitu impak jangkitan berada di tahap minimum walaupun jangkitan virus tidak dapat dielakkan; jumlah kes yang teruk (severe) dan penyakit berkaitan adalah terkawal. Kapasiti penjagaan kesihatan seperti katil Unit Kecemasan Rapi (ICU) haruslah mencukupi untuk menampung situasi semasa.

” Rakyat diperkasakan untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya peningkatan kes susulan daripada pembukaan ekonomi, aktiviti sosial dan kelonggaran kawalan pergerakan; dan langkah pencegahan sedia ada terutamanya pematuhan SOP sedia ada perlu terus dilaksanakan.

” Kita juga mengambil pendekatan beberapa buah negara yang telah membuat kajian mengenai pengurusan COVID-19 akan datang. Negara seperti Denmark, Chile dan Jerman,” ujar Mastura.