Muafakat Nasional Masih Wujud Walaupun Bersaing Dalam PRN Melaka – Annuar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Gagasan kerjasama politik Muafakat Nasional (MN) di antara UMNO dan PAS masih lagi wujud terutama di peringkat kebangsaan.

Memetik laporan Sinar, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun kedua-dua parti itu bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan namun tidak memutuskan hubungan UMNO-PAS

“Walaupun MN (adalah permuafakatan politik) UMNO dan PAS tapi sekarang PAS sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) dan UMNO sebahagian daripada Barisan Nasional (BN).

“PN dan BN bersaing berasingan dan mereka bersaing sesama sendiri. Meskipun situasi itu berlaku, tak bermakna PAS dan UMNO itu terputus hubungan sama sekali. MN masih boleh dikatakan wujud terutamanya di peringkat kebangsaan,” katanya.

Dalam PRN Melaka ini, PN dan BN masing-masing bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menyaksikan parti yang mentadbir Putrajaya itu bertembung sesama sendiri hingga mewujudkan persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di semua kerusi.

Untuk rekod, persefahaman UMNO dan PAS menerusi MN sebelum ini menetapkan masing-masing akan menyokong penyandang kerusi di antara dua parti itu, sementara bagi kerusi yang kedua-duanya tewas mereka akan menyokong parti yang memiliki undi tertinggi di antara dua parti itu berdasarkan keputusan PRU14 lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat