Kluster Berkaitan Pendidikan Dominasi Kluster Covid – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kluster berkaitan pendidikan mencatatkan jumlah terbanyak iaitu empat daripada tujuh kluster Covid-19 hari ini, diikuti dua kluster tempat kerja dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkaitan pendidikan melibatkan dua di Kelantan iaitu kluster pendidikan lain, Pulai Chondong 2 di Machang dan kluster institusi Pendidikan KPM, Jalan Tanjong Emas di Kota Bharu.

Dua lagi katanya, kluster institusi pendidikan swasta, Jalan Kempas Lapan di Kulai, Johor dan kluster pendidikan tinggi, Kandi Sungai Besi 2 di Cheras, Kuala Lumpur.

“Kluster tempat kerja di Klang dan Kuala Langat, Selangor dikenali sebagai Industri Batu 4 Jalan Kebun dan Sawit Mengkarak di Bera, Pahang manakala kluster kumpulan berisiko tinggi, Jalan Gajah Mati Machang Bubok di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 300 kluster manakala 5,524 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 6,243 kes berbanding semalam, 5,403 kes sekali gus mengatasi 5,068 kes sembuh.

Selain itu, katanya, sebanyak 543 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 279 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 6,243 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 106 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 6,137 kes (98.3 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 78 kes berbanding kelmarin, 58 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,427 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 19 daripada 78 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,951 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat