Bung dapat pelepasan pasport ke Timur Tengah tujuan perniagaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin mendapat pelepasan pasportnya selama 13 hari bagi perjalanan dengan tujuan perniagaan ke Timur Tengah bulan ini.

Kebenaran itu diputuskan mahkamah pagi semalam, di mana memulangkan sementara pasport Ahli Parlimen Kinabatangan bermula 10 hingga 22 Nov, berikutan tiada bantahan dibangkitkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah rendah memegang pasportnya sebagai sebahagian daripada syarat ikat jamin dalam perbicaraan rasuah yang sedang berlangsung melibatkan ahli politik veteran Sabah itu dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad.

“(Permohonan adalah) Dibenarkan. Dari 10 hingga 22 Nov,” kata peguam itu sambil menambah bahawa mahkamah rendah membenarkan permohonan itu berikutan tiada bantahan yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan.

Media melaporkan, peguamnya, Teh See Khoon juga mengesahkan bahawa alasan yang disebut untuk pelepasan pasport sementara adalah untuk “perjalanan perniagaan” ke Timur Tengah.

Baru-baru ini, mahkamah berasingan turut memberi kebenaran pada pelepasan sementara pasport untuk empat lagi tertuduh yang masih menjalani perbicaraan atas pelbagai kesalahan jenayah, iaitu bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor, peguamnya Muhammad Shafee Abdullah, dan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Di hadapan Mahkamah Sesyen, Bung dibicarakan atas tiga pertuduhan, dengan satu pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie.

Bung didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan menteri kewangan (II) agar Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di cawangan Taman Melawati Public Bank di Jalan Bandar 12, Taman Melawati, Kuala Lumpur, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Berhubung pertuduhan kedua, Bung didakwa menerima rasuah RM262,500 daripada Madhi, melalui Public Islamic Treasures Growth Fund nombor akaun 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie.

Bung juga menghadapi pertuduhan ketiga mendapatkan suapan RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui nombor akaun Public Ittikal Sequel Fund 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari pada 19 Jun 2015.

Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 24(1) akta itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie juga dibicarakan atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Bung dalam melakukan kesalahan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat