PCS Dijangka Tanding 73 Kerusi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti Cinta Sabah (PCS) yang dipimpin Datuk Seri Anifah Aman dijangka meletakkan calon di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung bulan ini.

Menurut sumber, PCS yang bergerak solo tanpa kerjasama dengan mana-mana parti politik itu cukup yakin parti itu akan diterima majoriti pengundi di Sabah sekaligus membolehkan mereka menubuhkan kerajaan negeri.

PCS yang baru ditubuhkan itu sebelum ini membayangkan mereka hanya akan bertanding di 60 kerusi DUN.

Dalam perkembangan berkaitan, BN yang bertanding menggunakan logo sendiri hari ini mengumumkan akan meletakkan calon di 31 kerusi DUN, manakala sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka bertanding di 20 kerusi DUN.

Parti Warisan Sabah (Warisan) dan UPKO hari ini turut mengumumkan akan bertanding di 58 kerusi DUN, sementara DAP akan bertanding di 7 kerusi menggunakan logo Warisan.

PKR yang turut bersekutu dengan Warisan sebelum ini mengumumkan mahu bertanding di 14 kerusi DUN, bagaimana pun hanya diperuntukan sebanyak tujuh kerusi DUN sahaja dan akan bertanding menggunakan logo sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat