BN Tanding 31 Kerusi DUN Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) bakal berentap merebut 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan 26 September ini.

Senarai nama calon bertanding itu diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pengumuman Calon BN di sebuah hotel di sini, hari ini.

Bung bertanding di DUN Lamag bagaimanapun bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman setakat ini tidak tersenarai sebagai calon.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN Sabah dengan penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Berikut senarai kerusi yang ditandingi BN:

Banggi – Akram Ismail

Bengkoka – Harun Durabi

Pitas – Sufian Abdul Karim

Tempasuk – Mohd Arsad Bistari

Usukan – Datuk Seri Salleh Said Keruak

Pantai Dalit – Jasnih Daya

Karambunai – Datuk Yakubah Khan

Darau – Datuk Jumat Idris

Tanjung Aru – Mohd Reduan Aklee

Tanjung Keramat – Shahelmy Yahya

Pantai Manis – Mohd Tamin @ Tamin Zainal

Bongawan – Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin

Lumadan – Datuk Kamarlin Ombi

Sindumin – Sani Miasin

Kemabong – Datuk Raime Unggi

Telupid – Abdul Wahab Abdul Ghani

Sugut – Datuk James Ratib

Gum-Gum – Suhaimi Nasir

Sungai Manila – Mokran Ingkat

Sungai Sibuga – Mohamad Hamsan Awang Supian

Sekong – Hazulizah Md Dani

Kuamut – Juhari Janan

Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin

Sukau – Datuk Jafry Ariffin

Tungku – Momen @ Abd Momen Anchai @ Anghai

Kunak – Halid Harun

Sulabayan – Abdul Manan Indanan

Balung – Hamild @ Hamid Awang

Kukusan – Chaya Sulaiman

Tanjung Batu – Andi Muhammad Surady Bandy

Paginatan – Junaidi Sahat

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat