Kemenangan BN Di Slim Akan Beri Semangat Pada PRN Sabah – Zahid

- Advertisement -

Tanjung Malim – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini disifatkan penting untuk menyuntik semangat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bulan depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar pengundi di DUN Slim memberikan kemenangan bergaya kepada BN, sekali gus membolehkan isyarat perubahan dihantar ke Sabah.

“PRK Slim ini penting bukan hanya untuk Slim, bukan hanya untuk Tanjung Malim, bukan hanya untuk Perak malah untuk PRN Sabah.

“Berikan semangat kemenangan yang bergaya, insya-Allah pada 29 Ogos ini di Slim bagi memberikan semangat kepada rakan-rakan kita di Sabah untuk kita membentuk kerajaan negeri baharu di Sabah.

“Selepas itu kita akan meghadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” katanya ketika menyampai ucapan dalam Ceramah Muafakat Nasional, di sini, Ahad malam.

Turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

Dalam masa yang sama, Abdul Hadi menyampaikan tiga rangkap pantun dalam ucapannya – menyeru agar pengundi di DUN Slim memilih calon BN, Mohd Zaidi.

“Sama angkat baldi, kita isi buah berangan, jangan silap memangkah undi, nanti menyesal berpanjangan.

“Tangan dihulur, tangan berjabat, supaya kita makin dekat, calon kita calon hebat, sama-sama kukuh muafakat.

“Kecil muafakat sama membajak, sama minum satu perigi, pengundi Slim orangnya bijak, jangan silap pangkah undi,” katanya sebelum mengakhiri ceramah tersebut.

Selain calon BN, dua lagi calon yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas adalah Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Shantarasekaran, akan turut memberi saingan dalam PRK DUN Slim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat