Merdeka dari perspektif Yuhang

- Advertisement -

“KENAPA tak percaya ke?” dialog popular dari sebuah iklan ini pasti mengingatkan kita kepada Ho Yuhang, seorang pelakon dan pengarah filem bebas.

Yuhang bukan calang-calang orang kerana pernah mengarahkan filem Rain Dogs pada 2006 dan At The End of Daybreak (2009).

Dia juga pernah berlakon filem Bunohan arahan Dain Said, termasuk satu lagi filem berjudul Nasi Lemak 2.0.

Lebih manis lagi, dia turut berjaya merangkul anugerah utama pada acara Inaugural FT OppenheimerFunds Emerging Voices Awards di New York, pada 2015.

Justeru, sempena sambutan Merdeka, insan kreatif ini menyahut cabaran vivo Malaysia untuk menghasilkan sebuah filem pendek berjudul ‘Kita’.

Yuhang menggunakan telefon pintar vivo X50 Pro bagi menghasilkan sebuah filem Merdeka mengikut perspektifnya.

Filem pendek ini dilihat sarat dengan mesej tersendiri bagi memupuk perasaan muhibah dalam kalangan masyarakat.

Ia sesuatu yang positif ketika perpaduan kaum di negara ini diganggu gugat oleh anasir-anasir tidak bertanggungjawab.

Berdurasi 9 minit 44 saat, Yuhang bijak memilih konsep pelajar di sekolah majmuk yang mempunyai semangat setiakawan, nilai persahabatan, tradisi dan budaya pelbagai kaum.

Sekolah adalah tempat semua pelajar bercampur tanpa mengira kaum. Di situ juga, kesemuanya bersatu padu dan saling tolong-menolong.

Filem pendek Kita bermula dengan permulaan kisah seorang guru wanita memperkenalkan pelajar baharu bernama Foo Kok Keong.

Nama ini mengundang ketawa di kalangan pelajar lain yang menganggap ia kekampungan sedangkan ramai orang Cina ketika ini mula menggunakan nama ‘Mat Salih’ dalam setiap nama mereka.

 

ANTARA babak dalam filem pendek Kita.
ANTARA babak dalam filem pendek Kita.

 

Yuhang ternyata mahu mengembalikan nostalgia terhadap jaguh badminton negara, Foo Kok Keong yang mungkin tidak dikenali oleh generasi baharu.

Pelajar bernama Foo Kok Keong ini juga tidak bebas membuat keputusan sendiri kerana dikongkong keluarga.

Dia mempunyai kemahiran melukis, tetapi tidak mendapat sokongan keluarganya.

Banyak mesej yang boleh diperoleh menerusi filem pendek ini terutamanya kekerasan bukanlah cara yang baik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Yuhang akhirnya menampilkan lukisan Wau Bulan sebagai lukisan mural yang dihasilkan oleh Foo Kok Keong bersama Nadia serta pelajar-pelajar lain sebagai kesimpulan pada keseluruhan cerita berkenaan.

Ia satu simbolik kerana Wau Bulan adalah logo kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Menerusi MAS, rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat terbang ke seluruh dunia. Malah, orang luar juga kenal Malaysia menerusi logo ini.

Yuhang berkata, bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah filem tanpa mengira jenis kamera yang digunakan.

“Saya kena pandai manfaatkan teknologi sebaiknya.

“Apa yang menariknya adalah kita masih kembali kepada sesuatu yang menjadi dasar semangat kita.

“Saya cuma berharap agar penonton yang menonton cerita ini mendapat mesejnya. Apatah lagi, ia adalah sesuatu yang mungkin mereka pernah lalui dan harus menghargainya” katanya.

Sehubungan itu, filem pendek yang jalan ceritanya sangat istimewa ini boleh ditonton di Facebook dengan menaip Kita vivo.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat