Sumareh Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang Dari PBNP

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

CYBERJAYA: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemainnya Mohamadou Sumareh.

Dalam satu kenyataan, PBNP mendakwa pemain kelahiran Gambia berusia 25 tahun itu telah memungkiri pelbagai terma serta syarat yang termaktub dalam perjanjian ditandatangani bersama pasukan.

Menurut PBNP, Sumareh telah melanggar kontrak perjanjian apabila gagal menyertai sesi latihan pasukan sejak 3 Ogos lalu selain tidak menghadiri beberapa aksi Liga Super membabitkan pasukan Pahang sebaik saingan bersambung pada 28 Ogos lalu.

Sumareh yang merupakan pemain naturalisasi pertama negara itu bertindak meninggalkan pasukan Pahang dan menyertai pasukan liga Thailand, Police Tero FC.

“PBNP mempunyai asas yang kukuh untuk menyatakan bahawa pemain tersebut (Sumareh) telah memungkiri pelbagai terma dan syarat seperti termaktub dalam perjanjian.

“PBNP akan mengambil tindakan yang bersesuaian dari segi undang-undang terhadap pemain tersebut mengikut perjanjian yang ditandatangani berasaskan kepada peraturan berkaitan ditetapkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia),” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, PBNP turut menafikan pihaknya gagal dalam membuat pembayaran gaji kepada Sumareh, sebaliknya berpegang kepada perjanjian yang telah ditandatangani serta persetujuan yang dicapai secara bersama.

“PBNP tidak pernah gagal dalam membuat pembayaran gaji kepada pemain tersebut, menurut perjanjian yang telah ditandatangani dan atas persetujuan yang telah dicapai antara kedua-dua pihak, perkara ini berada dalam pengetahuan pemain tersebut sendiri,” katanya.

Semalam, Sumareh yang dilaporkan mempunyai baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022 telah melengkapkan perpindahannya ke pasukan Liga Thailand, Police Tero FC dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Perpindahan itu berlaku dalam tempoh dua minggu selepas jurulatih Pahang Dollah Salleh mendedahkan Sumareh tidak menjalani sesi latihan bersama pasukan sejak awal Ogos lepas.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kemelut antara Sumareh dan PBNP berpunca daripada kegagalan PBNP membayar gaji pemain itu, sekali gus menyaksikan beliau membuat tuntutan sehingga lebih RM1 juta ke atas Pahang menerusi peguamnya yang berpangkalan di Switzerland.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Zlatan Ibrahimovic Disahkan Positif Covid-19

MILAN: Penyerang veteran Zlatan Ibrahimovic telah diuji positif coronavirus, kata kelabnya AC Milan. Kelab itu mengesahkan bahawa legenda Sweden berusia 38 tahun itu akan kehilangan...

Pertama Kali Beraksi, Thiago Sudah Catat Sejarah Bersama Liverpool

PADA 45 minit pertama penampilannya sebagai pemain Liverpool, Thiago Alcantara memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris ketika mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea. Pemain tengah Sepanyol...

Gaji Dah Bayar, Apa Lagi Alasan Kalah? – Zamsaham

CYBERJAYA: Pemilik Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), Norizam Tukiman mahu anak didik Yusri Che Lah membawa balik tiga mata penuh menentang Kuching FA,...