J Arul Kumar ganti Anthony Loke sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pelantikan dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan selepas beliau mengosongkan jawatan itu yang disandangnya selama 22 tahun sejak 2004.

“Seperti saya nyatakan sebelum ini untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan… jadi mulai hari ini saya melepaskan jawatan dan kini hanya kekal sebagai ahli jawatankuasa biasa.

“Mesyuarat hari ini bersetuju sebulan suara melantik saudara Arul Kumar sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa hari ini .

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada saudara Arul Kumar yang telah diberikan sokongan sebulat suara oleh ahli jawatankuasa,” katanya menurut BH di Seremban pada Isnin.

Loke berkata, bukan asing bagi DAP untuk dipimpin kalangan kaum lain kerana ia sudah berlaku sebelum ini.

Menteri Pengangkutan itu berkata, dari segi rekod DAP Negeri Sembilan pernah dipimpin tokoh Melayu iaitu Yusoff Badur pada awal 80-an walaupun beliau tidak pernah memenangi mana-mana pilihan raya disertainya.

“Saya yakin dan percaya saudara Arul Kumar mampu menggalas tugas dan tanggungjawab dalam kejayaan DAP Negeri Sembilan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Kita parti berbilang kaum dan walaupun keahlian ramai dari kaum Cina, tapi kita melihat hari ini ia dibuktikan,” katanya.

Sementara itu Arul mengakui tanggungjawab digalas mencabar selepas DAP menang sembilan kerusi dalam PRN lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat